Monday 13 June 2011

Perancangan Himpunan Mahasiswa Parlimen

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

InshaAllah, seandainya tiada aral dan halangan melintang, beberapa siri program Himpunan Mahasiswa Kelantan akan diadakan dibeberapa kawasan parlimen terpilih dalam masa yang terdekat. Doakan segala perancangan berjalan dengan lancar dalam usaha menggerakkan satu medium untuk menjalin serta memantapkan ukhuwwah seluruh Mahasiswa anak Kelantan melalui penganjuran program-program menarik dan bermanfaat.

Bagi melancarkan pengurusan perhubungan, sila buat pendaftaran dengan mengisi borang yang telah disediakan. Sebarang makluman mengenai program-program Himpunan Mahasiswa Kelantan berdekatan anda akan dimaklumkan kemudian.

InshaAllah.